Archive for March, 2010

Panduan kenali corak kulit babi

Tuesday, March 30th, 2010

Macam mana nak kenal kulit babi? Susah ke nak kenal kulit babi? Jom kita kenali corak kulit babi agar nanti kita tak terbeli barang-barang yang dibuat dengan kulit babi seperti kasut, tas tangan, dompet, tali pinggang dan banyak lagi.

Corak kulit babi adalah seperti di bawah ini.  Bercorak 3 titik segi tiga.

Lihat pada kasut ini:

Lihat dengan lebih dekat lagi..

Kelihatan ada corak  3 titik berbentuk segi tiga

Dan sandal Polo ni…

Kelihatan corak 3 titik dibahagian tepi.. sandal ini telah diselit dengan kulit babi pada bahagian tepi.

Sebagai umat islam kita harus berhati-hati dengan produk kulit. Perhatikan dulu corak yg terdapat pada kulit tersebut. Jika terdapat corak segi tiga seperti lubang jarum ia adalah kulit babi.

Newbie tak ada duit nak beli ebook

Monday, March 29th, 2010

Sebagai seorang newbie, sudah tentu anda kekurangan modal untuk membeli pelbagai jenis ebook. Dah la bajet pun kurang, takut nanti belum sampai hari gaji, poket dah kosong, kena ikat perut pulak.

Biasanya mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online secara sampingan menggunakan ebook free yang boleh didapati dengan cara search melalui yahoo atau google. Tetapi cara ini banyak masa akan terbuang kerana terdapat beribu-ribu ebook free yang anda akan jumpa, terpaksa pilih yang mana sesuai sahaja.

Untuk atasi masalah ini, apa kata anda lihat dulu pakej jimatBIZ.com. yang mana anda boleh dapatkan pelbagai jenis ebook, perisian, template dan script. Amat sesuai untuk newbie yang nak save budjet. Lihat selanjutnya mengenai pakej jimatBIZ ini.

Antara produk yang terdapat dalam pakej jimatbiz ialah:

* Script Easy Order Form
* Script Easy Autoresponder
* Ebook Panduan Mudah FTP
* Ebook Panduan Asas HTML
* Ebook Asas Web Hosting
* Sales Letter Graphics

BONUS HEBAT !!

* Perisian eWriterPRO
* Perisian Impact Popup

Anda boleh dapatkan kesemua produk hebat ini dengan harga yang tersangat lah murahnya… memang rugi kalau tak beli.

kisah orang biasa jadi luarbiasa

Monday, March 29th, 2010

Ini email yang aku terima daripada Formula Luar Biasa aka Mohd Nizam

Salam saudara,

Beberapa tahun yang lalu, saya mula tertarik dengan kisah-kisah
bagaimana orang biasa boleh menjadi kaya dengan idea yang cukup
mudah. Kemudian saya mula membuat catatan kisah-kisah mereka dalam sebuah buku.

Saya banyak menyelidik kisah-kisah daripada negara-negara barat.
Ini bukanlah disebabkan dinegara kita tiada jutawan tetapi kisah
mereka agak sukar untuk didengari.

Daripada kisah-kisah mereka ini, beberapa kesimpulan dapat saya berikan iaitu :

•Tiada sijil atau ijazah (kurang pendidikan) bukanlah penyebab
sesorang tidak boleh menjadi kaya.
•Keadaan persekitaran juga bukalah menjadi penyebab, walau
bagaimana anda dibesarkan anda masih boleh menjadi kaya.
•Lebih kuat anda bekerja, maka lebih kaya adalah satu
perumpamaan yang tidak benar.
•Sesiapa juga boleh menjadi kaya asalkan jujur dan amanah!

Anda akan mendapati idea-idea daripada mereka ini cukup simple
tetapi mereka berjaya menukarkannya kepada wang ringgit!

Apabila anda mula membaca kisah-kisah mereka dan mendapat
semangat, anda perlu memikirkan idea-idea anda sendiri “ jika saya boleh mencipta satu idea.. mungkin saya boleh, jika orang lain boleh buat, mengapa tidak saya? “

Saya dapati walaupun ramai orang yang mempunyai idea, antaranya ada yang, menguntungkan, tetapi kebanyakkan orang biasa tidak tahu bagaimana hendak menjadi kaya daripada idea mereka. Jadi daripada 10 orang biasa ini anda boleh jadikan panduan bagaimana hendak menukarkan idea-idea anda menjadi wang ringgit sehingga boleh bergelar jutawan.

Saya berharap kisah mereka ini akan memberikan anda semangat untuk mencari idea anda sendiri dan menjadi kaya.

Anda pasti boleh – kisah-kisa berikut adalah buktinya.

*******************************************************

Idea 1: Daripada Surirumah kepada Pengarang $100 Juta

*******************************************************

Nama : Joanne Rowling
Warganegara : England
Umur : 34 tahun

Idea Jutawan : Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar, bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan
menjadi seorang hero.

Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)

Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbit
buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.

Jualan : Seluruh dunia.

Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih
38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.

Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,

Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika
membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.

Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah mencecah $100 juta pound.

Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal
di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga
membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau
untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.

Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan
terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!

Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari.
Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan, berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.

Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan
menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter
and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.

Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah, beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau.

Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel
beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau
tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!

Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju untuk menerbitkan buku beliau.

Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.

Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.
Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang dewasa ramai yang meminatinya.

Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti
Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter
dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)
Kita jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain ;)

Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam & Bahrom

PS: saudara, cuba bayangkan jika anda mempunyai laman web sendiri yang mampu buat duit tanpa henti walaupun anda pergi bekerja, shopping atau tengok astro sepanjang hari! Ini bukan lagi khayalan…

Dengan memecah rekod jualan RM200,000 setakat ini, tiada sebab untuk anda melepaskan peluang mempunyai satu sistem buat duit secara senyap!

Apalagi yang anda tunggu?

Semoga anda mendapat sedikit motivasi melalui kisah-kisah orang biasa yang dah pun menjadi orang luarbiasa. Dari miskin dah jadi kaya.. tapi tetap kena berusaha bukan goyang kaki terus boleh jadi kaya..

Buat Ecover dengan Action Script

Sunday, March 28th, 2010

Macam mana nak buat ecover? susah ke nak buat ecover? mahal la nak upah orang buat ecover. ecover yang aku buat tak cantik la. tolong la aku buat ecover.

Kini tidak lagi, nak buat ecover jadi lebih mudah, semudah makan kacang atau sesedap minum jus jambu. Betul ke buat ecover jadi mudah? Ya, dengan menggunakan action script anda mampu membuat sendiri ecover yang profesional. Contohnya seperti di bawah ini:

Dengan hanya klik beberapa kali, ecover box anda dah siap. Cantik menawan, anggun bergaya, canggih dan profesional. Jimat duit anda tak perlu lagi nak upah orang lain.

Ecover yang cantik dan anggun amat penting agar produk anda kelihatan menarik dan  boleh dipercayai.

Satu lagi contoh ecover box yang saya buat dalam masa 1 minit sahaja. hanya dengan menggunakan action script untuk mempercepatkan tugas membuat ecover box.

Jika anda berminat nak buat ecover endiri, anda boleh dapatkan pakej panduan action script. Terdapat koleksi 35 action script photoshop yang profesional untuk anda membuat pelbagai bentuk ebook, box, cd, dvd, kad keahlian dan majalah.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut produk ini dengan klik banner dibawah ini:

Koleksi Action Script

Macam Mana nak Mula berniaga pasar malam?

Saturday, March 27th, 2010

Anda berminat nak berniaga pasar malam? Nak mula berniaga pasar malam? Macam mana nak dapatkan tapak gerai pasar malam? Baru pertama kali berniaga pasar malam, malu rasanya nak tanya kat mana ada  tapak kosong.

Kalau nak berniaga, kita tak perlu rasa malu, kena buang jauh-jauh perasaan malu dan segan. Kena jadi peramah dengan semua orang lebih-lebih lagi dengan pembeli.

Kalau anda pertama kali nak berniaga di pasar malam, mula-mula kena cari tapak nak berniaga. Kena tanya pakcik, makcik atau orang lama yang berniaga kat situ. Kadang2 tu ada yang buat tak peduli.. tapi kita jangan mudah ambil hati.. kena kuatkan semangat.

Biasanya peniaga yang lama akan beritahu kat mana ada tapak yang kosong atau anda boleh tanya pada pengelola pasar malam tersebut. Biasanya diaorang akan datang untuk kutip bayaran tapak, jadi tanya kat diorang ni kerana mereka lebih arif bab-bab gerai kosong.

Jika tak ada tapak kosong, cubalah menumpang kat mana-mana gerai yang tak datang hari tu.. kira tapak tu kosong untuk hari tu jee.. kena tunggu sikit.. kena ringankan mulut untuk bertanya..

Nantikan sambungan….