Archive for the ‘Berita Tempatan’ Category

Sukaneka Kumpulan Nuri Zon Parit Buntar

Wednesday, June 30th, 2010

Sukaneka Tabika Kemas Kumpulan Nuri Zon Parit Buntar

Untuk makluman, pada 24hb Jun 2010 yang lepas iaitu hari khamis, bertempat di padang permainan, taman kerian, parit buntar telah berlangsung sukaneka tahunan bagi kumpulan nuri zon parit buntar.
Kumpulan nuri terdiri daripada 8 buah tabika kemas. Antara acara yang berlangsung pada hari tersebut ialah:

Jam 2.00 petang

- Pendaftaran
- Perbarisan kanak-kanak
- Lintas Hormat
- Ikrar sukan
- Acara-acara sukan dijalankan

Jam 4.30 petang

- Bacaan Doa
- Persembahan kanak-kanak Chicken Dance
_ Ucapan Perasmian
- Cabutan bertuah
- Piala Pusingan

Pegawai kemas Daerah Kerian ialah Puan Sharifah binti Haji Mohd Darus

Kumpulan Nuri Zon Parit Buntar : Acara Perbarisan

Kumpulan Nuri Zon Parit Buntar : Lintas Hormat

Kumpulan Nuri Zon Parit Buntar : Kanak-kanak membuat lintas hormat

Kumpulan Nuri Zon Parit Buntar : Acara sukan berlangsung

Acara nyanyian lagu Negaraku, lagu Kemas dan Lagu Tabika Kemas

Sukaneka Tabika Kemas Taman Kerian

Sunday, May 23rd, 2010

Sukaneka Tabika Kemas Taman Kerian, Parit Buntar Perak kali ke 21 telah diadakan pada hari ahad 23 mei 201o. Acara telah dijalankan seawal pukul 8 pagi. Ramai ibubapa yang telah hadir menjayakan sukaneka ini.

Disini saya sertakan beberapa keping gambar semasa acara sukaneka dijalankan. Anda boleh lihat beberapa acara sukan yang sempat saya rakamkan.

Guru Tadika Kemas Taman Kerian Parit Buntar, Perak : Puan Masitah BT. Ahmad

Bacaan Doa Bagi Memohon Keberkatan Majlis Ini

Acara Lari Pakai Kasut Kura-Kura

Antara Hadiah-hadiah yang akan diberikan kepada para peserta

Acara yang amat digemari oleh kanak-kanak iaitu Merebut Coklat

Siap sedia untuk bertanding….

Acara diakhiri dengan makan tengahari beramai-ramai. Tahniah kepada para ibubapa  kerana berjaya menjayakan sukaneka tabika kemas taman kerian kali ke 21 ini. Semoga kita berjumpa lagi ditahun hadapan insyaAllah.

Jana RM10K sebulan dgn BLOG

Thursday, May 20th, 2010

Tahukah anda blog Redmummy.com telah berjana menjana RM10K sebulan? Inilah blog kepunyaan Mira Abu Bakar. Kini beliau telah membuktikan dengan berblog ia mampu menjana income lumayan jika dilakukan dengan bersunguh-sunguh.

Baiklah, mari kita lihat sedikit panduan menjana pendapatan menerusi blog oleh redmummy.com:

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Semoga artikel ini akan memberi semangat dan motivasi kepada pembaca blog ini. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh tidak mudah menyerah kalah insyaAllah cita-cita akan tercapai.

Sumber : HarianMetro

Lebatnya hujan hari ini

Tuesday, May 18th, 2010

Pagi ini suasana agak mendung, cuaca amat redup menandakan hujan akan turun. Lebih kurang pukul 9 pagi hujan pun mulai turun disertai oleh kilat dan guruh yang silih berganti.

Hujan yang turun pulak memang lebat bersama-sama tiupan angin yang kuat menyebabkan beberapa bahagian rumah ditempiasi oleh air hujan. lebih kurang pukul 11 pagi barulah hujan berhenti.

Cuaca disepanjang hari ini agak lembab sampai ke petang. Hujan renyai-renyai masih lagi turun disebelah petang membawa ke malam. Oleh kerana hujan, ramai yang tak keluar rumah cuma lepak depan tv bersama keluarga sambil berbual kosong.

Ada beberapa kawasan rendah telah banjir akibat hujan yang turun dengan lebatnya.  Nasib baik rumah aku terletak di kawasan yang agak tinggi. jadi air susah nak bertakung.

Lemah Bahasa Inggeris