Archive for the ‘Macam-Macam’ Category

Aksi BASAH 13 orang pramugari

Sunday, May 30th, 2010

LEKAS! Aksi BASAH 13 org pramugari dari pelbagai negara yg sy rakam di private party BANGLO SEMALAM

Taip ON TINA htr ke 33665
SMS OUT to optout TB0378063550
Time: 30/05/2010 19:55:07

ni nombor hp yg hantar sms tu : +60195285983

anda pernah dapat sms spam macam di atas? apa perasaan anda? seronok, geram, marah, teruja?

beri komen anda kat bawah okay!

dompet aku hilang!

Thursday, April 29th, 2010

baru aku perasan, dompet aku hilang. puas aku cari kat rumah, memang tak ada. dah sah tercicir masa pulang dari kedai tengah hari tadi. aku dah mati akal, segala mak nenek ada dalama dompet tu… mak oii.. aku dah tak ada selera nak makan..kepala pun dah pening..tension nyerr…

Ramai Peniaga Pasar Malam Tak Solat!

Sunday, April 4th, 2010

Pengalaman saya mengikuti seorang rakan berniaga di pasar malam selama sebulan lebih. Inilah yang boleh saya katakan, rata-rata peniaga pasar malam tak solat asar dan maghrib. Kenapa? Kerana lalai berjual beli. Waktu asar, masa ni sebok buka gerai manakala waktu maghrib sebok melayan pembeli. Biasanya waktu maghrib paling ramai pembeli dan waktu ini juga peniaga paling sebok.

Yang sedihnya ramai peniaga yang dah berusia waktu senja, meninggalkan solat tanpa rasa bersalah. Mungkin kerana dah terbiasa tak solat maka rasa bersalah tu dah hilang..

Kenapa peniaga pasar malam tak solat? Kenapa perlu tinggalkan solat dek kerana nak cari rezeki sedangkan rezeki itu Allah yang beri.
Ini berdasarkan pengalaman saya berniaga di pasar malam. Mesti ada peniaga yang marah bila terbaca artikel ini.

Hanya sekadar berkongsi pengalaman.. maafkan saya jika ada yang tersinggung daripada artikel ini.

Panduan kenali corak kulit babi

Tuesday, March 30th, 2010

Macam mana nak kenal kulit babi? Susah ke nak kenal kulit babi? Jom kita kenali corak kulit babi agar nanti kita tak terbeli barang-barang yang dibuat dengan kulit babi seperti kasut, tas tangan, dompet, tali pinggang dan banyak lagi.

Corak kulit babi adalah seperti di bawah ini.  Bercorak 3 titik segi tiga.

Lihat pada kasut ini:

Lihat dengan lebih dekat lagi..

Kelihatan ada corak  3 titik berbentuk segi tiga

Dan sandal Polo ni…

Kelihatan corak 3 titik dibahagian tepi.. sandal ini telah diselit dengan kulit babi pada bahagian tepi.

Sebagai umat islam kita harus berhati-hati dengan produk kulit. Perhatikan dulu corak yg terdapat pada kulit tersebut. Jika terdapat corak segi tiga seperti lubang jarum ia adalah kulit babi.

Kenapa produk saya belum dapat lagi?

Wednesday, March 24th, 2010

ah! tension nya aku.. dah 5 kali aku hantar link untuk download produk, tapi mamat ni masih kata tak dapat lagi. Siap dia sms aku berkali-kali.. aku pun hairan jugak kenapa mamat ni sorang je yang ada masalah tak dapat link download, sedangkan pembeli lain ok je..

Kebanyakkan email yahoo menghadapi masalah tak terima link download. mungkin masuk dalam folder SPAM.

Jadi kalau nak atasi masalah ini, pembeli kena gunakan GMAIL yang lebih effisien. Kurang lah sikit masalah tak terima link download. Supaya kedua-dua belah pihak mudah dan gembira bila berurusan. Mudah dan lancar. Tak ada gangguan seperti tak terima email download.

Hanya sekadar nak kongsi pengalaman yang kadang-kadang membuat kita pening kepala.

PS : Gunakan GMAIL bila membeli produk digital