Archive for the ‘Makanan Tempatan’ Category

Usahawan untuk kiosk Putu Piring

Thursday, March 25th, 2010

Program pembentukan usahawan Putu Piring.

Syarikat N & B First Time Enterprise kini sedang mencari individu yang berminat menjadi Rakan niaga dan usahawan untuk Kiosk Putu Piring.

Peluang menjadi rakan usahasama Putu Piring mempelawa individu dari seluruh Malaysia yang berminat menjadi usahawan kiosk Putu Piring.

Seramai 10 orang Usahawan E kasih telah mendapat Kiosk Putu Piring . Ucapan Terima kasih kepada Pejabat Pembangunan Negeri Perak.

Peryerahan Kiosk Kepada Usahawan E Kasih

Usahawan Parit Buntar Perak , Bagan Serai Dan Titi Serong Perak Di bentuk

KAMI MENCARI RAKAN NIAGA SETIAP NEGERI DAN USAHAWAN YANG BERMINAT.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Mohd Hambami

Hp : 013-4220980 / 016-4178962

Email : gacom@streamyx.com

Web : www.putupiring.blogspot.com


Resepi Cucur Ikan Bilis 7 Minit

Tuesday, February 16th, 2010

Rahsia bagaimana saya mampu membuat cucur ikan bilis hanya dalam masa 7 minit. Sesuai untuk semua peringkat terutama mereka yang malas. Kini hanya 7 minit anda mampu mengunyah cucur ikan bilis yang lazat dan pedas.

Untuk bahan-bahan bagi membuat cucur ikan bilis siap dalam masa 7 mini ialah:

Bahan-bahan:

1. satu paket tepung cucur ikan bilis yg berharga RM2.20

2. Air mengikut sukatan.

Cara membuatnya:

1. Masukkan sebungkus tepung cucur ikan bilis ke dalam mangkuk.

2. Bancuhkan tepung dengan air perlahan-lahan sehingga sebati.

3. Panaskan minyak dan masukkan  bancuhan mengikut kesukakan anda.

4. hidangkan ketika masih panas.

Dah siap pun.. ni je yang tinggal, yang lain dah masuk ke dalam perut tukang masak yang kebulur sesangat :) Apa lagi.. cuba laa resepi cucur ikan bilis segera ni..

Sedapnya Jus Jambu Batu

Monday, January 25th, 2010

Pernah minum jus jambu batu brand A1 atau 88? Memang sedap dan berkhasiat. Nak sedap lagi tambahkan sedikit serbuk asam boi.. perkhh memang terangkat habiss..

Sekarang ni musim orang jual jus jambu. Kat mana-mana pun boleh jumpa gerai jus jambu batu. Apa yang menariknya ialah harga satu cup ialah RM1.50 manakala yg special taruk asam boi ialah RM2 . Harga adalah standard tak boleh jual kurang daripada yg telah ditetapkan.

Bisnes jus jambu ni memang menguntungkan kerana kos untuk membeli jambu batu ini memang murah.  Biasanya sebiji jambu akan dipotong enam dan dijual dgn harga RM1 untuk 2 pcs. Ini bermakna sebiji jambu dapat RM3 dan kos sebiji hanya 50 sen sahaja, untung RM2.50 utk sebiji jambu. Lumayan kann…

Jadi, kalau anda berminat nak tahu lebih lanjut lagi mengenai jus jambu ini, apakata anda klik banner dibawah ini:


Nikmatnya Cendol Pulut Parit Buntar

Saturday, January 23rd, 2010

Anda suka makan cendol pulut? Mungkin ramai yang tak suka makan cendol mungkin kerana rasanya yang manis. Apa kata anda tengok gambar cendol kat bawah nii.. mesti terliurr.. :)

Cendol pulut kat parit buntar memang enak kalau dimakan dengan laksa penang. Memang terangkat habiss.. Saya paling suka makan cendol tanpa pulut. Bukan apa, kalau taruk pulut nanti lepas makan akan rasa mengantuk! amat bahaya kalau tengah pandu kereta.

Jadi, kalau anda lalu kat parit buntar ni, sila singgah sekejap kat gerai Cendol Pulut Hijrah yang terletak di tepi jalan main road ipoh – butterworth. Rasai sendiri ke enakkan rasa Cendol Pulut Hijrah Parit Buntar.

Dan jangan lupa tapau  2 bungkus untuk anak dan isteri kat rumah. Lebih elok tapau sekali laksa penang tuu.. hu..hu.. umpan je tu..

boxsmall
Perniagaan Internet Sistem Rahsia ClickBank