Archive for the ‘Motivasi’ Category

Kenapa Orang Yahudi Bijak!

Monday, August 23rd, 2010

Sebenarnya banyak kaedah dan cara pemakanan yang dibuat oleh bangsa Yahudi bersumberkan ajaran Islam.Contohnya mereka mengamalkan makan sebelum malam.

Islam juga mengajar kita makan ketika maghrib apabila berpuasa. Ia contoh waktu yang tepat untuk menikmati makan malam agar perut tidak terlalu penuh hingga menyukarkan kita melakukan ibadat atau membaca di waktu malam.

Namun kaum Yahudi ini mengetahui kebenaran Islam tetapi sayang sekali mereka tidak menerima Keesaan Allah walaupun percaya kepada apa yang diturunkan Allah kepada kita melalui Nabi Muhammad s.a.w. Kelak mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka atas balasan kekufuran mereka.

Namun ramai kalangan kita percaya kepada Allah namun gagal mencontohi sunnah Nabi serta para sahabat hingga kita menyalahkan agama apabila perkata tidak baik berlaku. Walhal Nabi s.a.w telah meninggalkan ajaran yang lengkap kepada semua manusia beragama Islam untuk dijadikan panduan.

Sedangkan kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempelajari cara hidup yang diajar oleh Nabi serta mengikutinya sepenuh hati dalam kehidupan seharian.

Bukankah Nabi itu junjungan mulia dan tidak bercakap atau bergerak kecuali mengikut perintah Maha Esa ?

Silakan baca dan ambillah pengajaran yang baik di dalamnya.

Yang terbaik ialah sunnah Nabi kita s.a.w.

bahan ini saya salin dari blog http://www.bisikanhati.com/2009/01/kenapa-yahudi-bijak.html

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak”

Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau
seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan
otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja. Jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,
ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami
pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).

Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah -buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!.

Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan
negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi
ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!

Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya
negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera
terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg
bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai. Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Sumber Artikel : Klik Sini

Tip-Tip Mudah Kembali Kepada Fitrah

Monday, August 16th, 2010

Saban tahun kita mencuba untuk benar-benar dapat kembali kepada fitrah. Berpuluh-puluh tahun kita menyambut ramadhan dengan cukup bilangan puasanya. Namun sejauh mana bulan yang penuh kasih sayang Allah SWT dengan keampunanNya mampu benar-benar menjadikan kita hamba yang bertaqwa. Hamba yang bertaqwa itu mudah iaitu mengikut kehendak Allah atau dengan nama lain berserah. Kembali kepada fitrah itu adalah kembali kepada sifat sebenar diri kita..sentiasa ingin dekat dengan Allah SWT.

BERSERAH BUKAN PASIF. Mereka yang mengatakan berserah itu pasif adalah mereka yang melontarkan persepsi dari fikiran mereka sendiri. Mereka berasakan bahawa mereka memiliki kuasa dan daya sendiri untuk menggerakkan diri mereka sendiri. Bagi mereka, jika berserah kita akan jadi seperti orang malas. Terima sahaja takdir.

Mana mungkin orang yang berserah menjadi pasif sedangkan orang yang berserah mengikut kehendak Allah SWT 100%. Dan mana mungkin Allah SWT tidak menggerakkan hambaNya kerana hambaNya merupakan wakil-wakilNya di dalam mentadbir alam ini. Sudah pasti mereka yang sentiasa mengikut kehendakNya merupakan wakil yang terbaik iaitu sentiasa melakukan seperti apa yang dikehendak olehNya tanpa memprotes apa-apa pun.

Persediaan Ramadhan dan Ketika Ramadhan

Umum mengetahui kita akan tiba ke bulan Ramadhan beberapa hari lagi. Maka bersedialah dari sekarang ini untuk menyambut Ramadhan.

1. Tingkatkan Kesedaran Akan Allah SWT (Kesedaran Tertinggi).
Kuatkan lagi sambung (sedar) ke Allah SWT setiap saat. Ketika berkomunikasi dengan Allah SWT, pastikan benar-benar sedar ke Allh. (Komunikasi dengan Allah SWT banyak diterangkan di Blog ini)

Di dalam solat pula, rasakan benar-benar sedar ke Allah dalam setiap rukun solat tu. Caranya..lamakan dalam setiap rukun kita tu. Benar-benar sambung….diam…kemudian barulah teruskan ke rukun seterusnya. Lakukan terus mulai saat ini.

2.Bacalah Dengan Nama Tuhamu Yang Menjadikan Semua Makhluk.
‘Bacalah’ termasuk mengetahui, memahami, analisis, sintesis etc. Di dalam membuat pilihan, sudah pasti kita akan cuba memahami, mengetahui, menganalisis etc.

Setiap hal dalam kehidupan ini merupakan pilihan. Tidak ada satu pun yang tiada pilihan. Ambil dalam hal makan pun sudah cukup.

Nak berbuka di mana, dengan siapa, makan apa hari ini, masak ke beli, nak beli di mana…..etc..

Semuanya pilihan. Lalu setiap membuat pilihan, tanya Allah SWT dengan sungguh-sungguh. Mesti sungguh-sungguh iaitu ketika tanya Allah SWT, sedar benar-benar akan Allah SWT.

Lakukan segala aktiviti kita dengan nama Tuhan…Allah SWT. Kita juga diminta untuk membaca bismillah iaitu mengatasnamakan Allah SWT kerana setiap apa yang kita lakukan adalah mengikut kehendakNya. Kita ini adalah wakil Allah SWT di dalam mentadbir alam ini.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.(QS: Al Ankabut, 29:69 )

3. Kenal Nafsu Baru Mudah Mengawal Nafsu.
Nafsu itu adalah keinginan.Ia terletak di fikiran. Banyak fikir, lagi banyak nafsu. Makanya nanti kalau pergi pasar ramadhan, siapkan dulu plan nak makan apa sebelum pergi. Beli ala kadar.

Plan tidak semestinya ditulis. Cukup di dalam kepala. Tapi jangan mereka-reka ingin makan itu ini.

Jika tiada plan, tunggu sampai di pasar ramadhan dan ingin lihat apa yang ada di pasar ramadhan baru nak beli….pasti membazir. Benar…cubalah.

Angkat kesedaran ketika ini bahawa rasa nak makan itu ini adalah sebenarnya kehendak nafsu. Tekad selepas beli sekadarnya, terus balik.

Tak perlu pusing habis satu pasar ramadhan. Nanti makin pusing…makin banyak fikir…makin banyak nafsu.

Tekad benar-benar. Sedar yang inginkan semua ini adalah JASADKU bukan AKU. Jasadku selalu membawa aku jauh daripada fitrah. Lalu kuatkan kesedaran ini….kerana yang SEDAR inilah AKU yang sebenar.

Ketika sudah membeli yang secukupnya, mintalah pada Allah jika ada rasa ingin makan yang lain-lain lagi.
“Ya Allah…aku teringin makan mee goreng pula ya Allah. Ya Allah…bantu aku ya Allah…bantu aku. Semua ini kehendak jasadku ya Allah…bukan kehendakku ya Allah. Ya Allah…bantu aku ye ya Allah.”

4.Solat itu Istirehat Fizikal dan Rohani.
Dirikan solat terawih dengan benar-benar istirehat. Yang dikejarkan itu bukan jumlah solatnya tetapi berapa kuat sedar kita ke Allah dengan solat terawih itu.

Lamakan rukuk, sujud…biar benar-benar bertemu (sedar) akan Allah SWT. Pastikan benar-benar bertemu. Pasti manafaatnya terasa. Pasti. Terutama jiwa itu menjadi tenang. Berserah itu juga akan meningkat.

Rohani kita menjadi kuat. Siangnya jasad menjadi lemah. Tetapi kita tetap bertenaga kerana jasad menggunakan daya dari kekuatan rohani. Malamnya jasad beristirehat dengan melakukan solat yang betul dan cukup sempurna tuqmaninahnya.

Rohani terus sedar ke Allah. Lalu jasad dan rohani mencapai tahap sejahtera yang maksimum.

5. Terapi Sedekah.
Sedekah itu perlu mencontohi peristiwa Qabil dan Habil. Syarat sedekah yang sedia maklum sudah tentulah salah satunya dari sumber yang halal. Saya tidak mahu ulas yang ini kerana ini sedia maklum.

Yang saya ingin ulas di sini adalah syarat terbaik ketika melakukan sedekah. Syarat melakukan sedekah:
a. Ikhlas
b. Harta yang kita sayang

Kalau beri duit tu, naikkan nilai sampai ke nilai yang kita sayang. Nilai itulah diberikan sebagai sedekah.

Cth, mula-mula beri RM5…rasa tak kisah..naikkan lagi..RM10..masih tak kisah..naikkan terus..sampai RM30 sebagai cth, rasa sayang nak beri sebab dalam poket ada RM50 je….hah! nilai itulah (RM30) yang diberikan.

Jika rasa tidak ikhlas kerana nilai itu nilai yang kita sayang, SEDAR kan diri kita itu…bahawa kita sedang berlatih untuk TIDAK TERIKAT dengan harta. Dengan sedar begini, inshaAllah perlahan-lahan kita akan redha dengan jumla harta yang diberikan.

“Ya Allah akan sedang berlatih ya Allah. Ikhlaskan aku ya Allah. Aku rela ya Allah..aku rela…terima kasih ya Allah..terima kasih.

6. Membaca Terjemahan Al-Quran.
Ramadhan kali ini cuba memahami Al-Quran menggunakan terjemahan Al-Quran kerana saya yakin setiap Ramadhan yang lepas kita beberapa kali Qatam Al-Quran. Kali ini cuba baca makna seluruh Al-Quran dalam bahasa melaysia memandangkan kita bukanlah hebat di dalam bahasa Al-Quran.

Terjemahan Al-Quran yang dibaca secara terus akan mudah difahami kemudian di tambah dengan tafsir. Jika seperti biasa kita membaca satu ayat…kemudian baca makna..kemudian baca lagi..kemudian baca makna, agak sukar untuk kita memahami setiap surah itu.

Setiap surah itu ada peristiwa dan juga ajaran-ajaran yang Allah SWT berikan. Kali ini dibaca maknanya terus dari awal surah hingga akhir. Tak salah kalau sayakan…macam kita baca novel tu. Baca terus maknanya bermula surah Al-Fatihah sampai ke An-nas.

Pasti saudara semua akan mula perlahan-lahan faham surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Ada banyak cerita sebenarnya yang akan difahami.

7. Kekalkan Kesedaran Tertinggi.
Teruskan komunikasi dengan Allah SWT ketika melakukan aktiviti untuk mengekalkan kesedaran kita pada Allah. Jika tiada aktiviti, diamlah…dan angkat kesedaran terus ke Allah. Panggil Allah SWT dengan perlahan-lahan…ya Allah….ya Allah…

8. Terapi Diri Dengan Syukur.
Bersyukur itu mestilah didahulukan dengan kesedaran bahawa setiap sesuatu adalah atas keinginan dan kehendak Allah SWT.

Makanya, ketika kita bersyukur mendapat rezeki….syukurlah kerana Allah SWT ingin kita ini menerima rezeki. Jika kita diberikan ketenangan..kebahagiaan…syukurlah kerana Allah SWT ingin beri kita ketenangan dan kebahagiaan itu.

Sedarlah hal ini, pasti tahap kesyukuran…iaitu terima kasihnya kita ke Allah SWT akan meningkat dan terus meningkat. Walaupun kita tahu nilainya tidak terjangkau dengan keinginan Allah SWT ke atas diri kita, teruslah ucapkan terima kasih ya Allah..terima kasih.

Akhirnya:
Mudah-mudahan dengan bahasa yang mudah saya ulas hal-hal di atas, kita mampu memiliki apa yang dijanjikan oleh Allah SWT iaitu menjadi insan yang bertaqwa iaitu yang sentiasa sedar ke Allah SWT setiap saat.

Semua di atas adalah sesuatu yang mampu dilakukan setiap orang. Sangat mudah. Saya yakin. Namun hasilnya pasti hebat…lakukan.

Mereka yang sentiasa sedar ke Allah SWT setiap saat, pasti mudah berserah….jiwa tenang…tiada kecewa..tiada sedih…tiada sakit hati..tiada marah…tiada dengki….

Yang ada hanyalah rindu pada Allah SWT….rasa cinta ke Allah…. dan sebenarnya tidak mampu dihuraikan tentang rasa yang akan di miliki. Yang pasti akan menikmati rasa yang tiada rasa. Yang pasti setiap kita akan merasai rasa nyata hidup bertuhan.

Dan semua rasa yang tiada rasa itu….merupakan fitrah diri kita yang sebenar….yang sentiasa ingin berada dekat dengan Yang Maha Pengasih…dan Maha Penyayang.

Kemudian pastinya di sana nanti Allah SWT akan terus menambahkan kasih sayangnya. Ditambahnya rasa bahagia, diperbanyakkan KEBERKATAN rezeki walaupun rezeki tidak bertambah namun jika ia berkat, pasti rezeki itu sangat mencukupi. Bukan untuk kita dan keluarga sahaja, bahkan mampu dikongsi dengan mereka yang memerlukan.

Setelah kita mampu berserah..kembali kepada fitrah, barulah hubungan sesama manusia akan lebih akrab. Kita memohon maaf dan memaafkan dengan penuh ikhlas kerana jiwa-jiwa kita diilhamkan Allah SWT dengan kefahaman bahawa tiada perlunya bersengketa sesama kita kerana kita menyembah Tuhan yang sama….Allah Yang Maha Esa dan kita akan sama-sama akan kembali kepadaNya suatu hari nanti.

Semoga kita semua akan benar-benar kembali kepada fitrah. PASTIKAN YANG BERPUASA ITU ADALAH JASAD DI DALAM MEMUTUSKAN KEHENDAK JASAD (NAFSU) DENGAN APA YANG DIINGINKANNYA (HAWA). Inilah yang dikatakan berpuasa. NAMUN SANG AKU (RUH) TETAP KUAT UTUH SAMBUNG KE ALLAH.

Selamat Berlatih….Salam Ramadhan.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar. (QS: Al-Anfal, 8:29)

Dibenarkan untuk disebarkan. Tidak perlu meminta kebenaran. Sebarkan jika ia bermanafaat.

sumber artikel: klik sini

Tips Hidup Ceria Setiap Hari

Thursday, May 27th, 2010

Rahsia hidup ceria setiap hari:

1. Bangun pagi-pagi. Bangun lebih awal dan berjanjilah untuk merayakan hari ini dengan tidak menysia-siakannya se saatpun. Lihat cahaya mentari yang menyingsing di hujung timur sana. Seperti itu juga semangat bersinar di dada anda.

2. Nikmati makanan. Jangan tergesa-gesa. Cubalah sekali ini gigit dan kunyah pelah-pelan makanan anda. Dari tiap kunyahannya, rasakan betapa enak rasanya. Nikmat sekali bukan?

3. ACTION-kan niat anda. Punya niat sekian lama yang tak kunjung terlaksana? ACTION-kan sekarang! Mungkin anda hendak mengunjungi sanak saudara yang sudah lama tak bersua; atau mungkin sudah lama berniat ingin mengajak jalan-jalan keluarga, ACTION-kan sekarang.

4. Belajar positive thinking. Kalau anda rasa terlalu banyak dibelenggu oleh pikiran negatif, mulai sekarang coba belajarlah ber-positive thinking. Perasaaan kalau anda tidak bisa atau sering bersikap menyalahkan misal, gantilah dengan sisi positif. Perbanyak isi pikiran dengan solusi, solusi dan solusi. Kuatkan dengan kata-kata motivasi.

5. Waktu jatuh cinta. Ingat bagaimana rasanya waktu anda jatuh cinta pertama kali pada pasangan anda? Cuba ingat dan rasakan kembali… anda pasti jadi senyum-senyum sendiri. :D

6. Tenanglah. Kalau tiap harinya biasanya anda diburu waktu, cubalah hari ini anda rileks. Hirup nafas dalam-dalam. Lakukan apa yang anda suka dengan santai, tanpa ada lagi yang dirasa mengejar-ngejar anda.

7. Tatap wajah anak-anak anda. Meski mungkin sekarang mereka sudah dewasa, cuba sempatkan tatap wajah mereka dalam-dalam. Ingat bagaimana waktu mereka kecil, waktu mereka cium tangan ketika berangkat ke sekolah, saat mereka bisa berjalan pertama kali, dan saat-saat bahagia lainnya. Pasti anda akan teramat bersyukur dapat melihat pertumbuhan anak-anak anda dari kecil sampai besar seperti sekarang ini.

8. Berbagilah. Temui orang-orang yang tak seberuntung anda. Cubalah bicara dengan mereka. Cari tahu bagaimana kehidupan sehari-hari mereka. Serta berbagilah dengan mereka. Anda pasti akan sangat bersyukur dengan keadaan anda sekarang.

9. Belajar hal baru. Punya waktu terluang lumayan panjang? Cubalah cari kegiatan baru yang bisa menambah keahlian anda. Bukan buat gagah-gagahan atau apa, tapi sebab anda memang dianugerahi kemampuan untuk terus meningkatkan diri.

10. Cium tangan orangtua anda. Ingat betapa besar pengorbanan orangtua anda selama ini. Sedari anda kecil sampai tumbuh dewasa seperti sekarang. Bersyukurlah memiliki orangtua yang mencurahkan segenap rasa cinta dan kasih sayangnya pada anda. Tidak ada yang memiliki cinta sebesar mereka pada anda.

11. Temui orang yang lebih tua. Selain orangtua anda pastinya, temui juga orang-orang yang lebih tua dari anda seperti guru anda misal. Silaturahmi yang anda jalin pasti akan bermanfaat besar. Anda bisa belajar banyak dari mereka.

12. Tertawalah. Ingat bilakah terakhir kali anda tertawa? Mungkin gara-gara kesibukan anda yang luar biasa dahsyat, anda bahkan sampai tak sempat untuk tersenyum. Cuba cari bacaan atau tontonan yang bisa melemaskan urat syaraf anda dan TERTAWALAH lepas. :D

13. Lakukan yang anda suka. Apa hobi anda? Apa kesukaan anda? Ayuh lakukan sekarang. Anda sudah lama tidak melakukannya kan?

14. Istirehat cukup. Agar anda punya energi cukup untuk menjalani hari anda yang menyenangkan, istirehatlah yang cukup. Ketika waktu tidur tiba, bergegaslah tempat tidur.

15. Sapa. Bersikaplah ramah. Sapa orang yang anda temui. Iringi dengan senyuman.

16. Kenalan. Perluas lingkungan sosialiasi anda. Perbanyak  teman. Banyak teman, banyak rejeki!

17. Senyumlah. Jangan malu-malu, senyumlah. Senyum membawa energi positif.

18. Beri maaf. Beri maaf orang yang berbuat salah pada anda. Jangan buat hidup anda terbebani oleh dendam.

19. Habis gelap pasti terang. Dalam hidup pasti ada hal-hal yang tak anda inginkan menghampiri kehidupan anda. Mungkin baru saja anda kehilangan pekerjaan anda, atau bisnis anda sedang suram, atau mungkin anda kehilangan orang terkasih. Belajarlah untuk menerimanya. Ini bagian dari hidup. Ikhlaskan. Selepas itu, kembali tegaklah berdiri. ACTION harus terus berlanjut!

20. Doa. Panjatkan doa sepenuh hati. Segala macam ujian yang anda hadapi, serahkanlah pada-Nya.

Sumber : Klik Sini

Motivasi di Pagi Ahad

Sunday, April 11th, 2010

Oleh: Abu Naqibah

Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2.

Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.

Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan tergolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.

Yela… Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la…) “Saya harap ini tak pernah terjadi”. Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.

Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari
kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi
Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar
Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal &
memerhatikan segalanya, bekata “Some people just don’t know what to wish for” (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).

Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai.
Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah
orang tak tahu apa yang patut mereka minta.

Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan
kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut.

Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku
dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita.

Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan
miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit.
Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau
sekurang2nya ‘just nice’. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang
mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.Kan ?

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik?
Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malangmanakala sesetengah yang lain bernasib
baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).
Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Adaorang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh.
Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak. Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak!

Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan
keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk.

Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan
lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2
hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.

Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat,
Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan
rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah…

Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang
terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always
greener on the other side’. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang dibawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana itu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan
itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih
baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini.
Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?

Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping.
Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm… Cukup?
Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.

Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup?
Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah
tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la
RM1500 sebulan. Ya Allah… tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!

Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 – 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah.
Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.

Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki
pada tiap2 hari . Ini benar2 terkesan dalam hati saya.

Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia
seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain.
Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah
makin lanjut.

Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi… Masuk telinga kiri keluar
telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat
saja sekarang ni… Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia
nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya.
Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan..-.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,
saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak
mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita
bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong.
Wallahu’alam.-..

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur.
Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP….ALHAMDULIL-LAH ……”

Artikel ni saya copy dari satu blog yang saya jumpa ketika jalan-jalan ke blog kawan-kawan. Artikel ni memang menarik dan memotivasikan kita. Terima kasih kepada saudara blalang.