Perkhidmatan PayPal di India digantung sementara.
WASHINGTON: Syarikat bayaran dalam talian Amerika Syarikat, PayPal, menggantung buat sementara waktu perkhidmatan pembayaran peribadi ke dan dari India serta pemindahan kepada bank tempatan India.
Syarikat itu yang mengeluarkan kenyataan blog pada hujung minggu lalu dengan dipaparkan pada laman webnya, berkata operasinya ditangguh bagi membolehkan PayPal berurusan dengan rakan perniagaan mereka dan pemegang saham yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berhubung perkhidmatan yang ditawarkan
PayPal yang dimiliki gergasi lelong dalam talian, eBay, tidak memberikan maklumat lanjut berhubung langkah itu.
Katanya, pelanggan masih boleh membuat bayaran komersial ke India, tetapi peniaga tidak dibenarkan mengeluarkan dana mereka dalam mata wang rupee bagi membuat bayaran untuk bank tempatan India.
“Kami sedang mencari jalan menyelesaikan situasi itu secepat mungkin dan kami memohon maaf di atas kesulitan kepada pelanggan di India dan seluruh dunia,” kata syarikat itu. – AFP
Sumber : Berita Harian Online








