Archive for the ‘Uncategorized’ Category

kisah orang biasa jadi luarbiasa

Monday, March 29th, 2010

Ini email yang aku terima daripada Formula Luar Biasa aka Mohd Nizam

Salam saudara,

Beberapa tahun yang lalu, saya mula tertarik dengan kisah-kisah
bagaimana orang biasa boleh menjadi kaya dengan idea yang cukup
mudah. Kemudian saya mula membuat catatan kisah-kisah mereka dalam sebuah buku.

Saya banyak menyelidik kisah-kisah daripada negara-negara barat.
Ini bukanlah disebabkan dinegara kita tiada jutawan tetapi kisah
mereka agak sukar untuk didengari.

Daripada kisah-kisah mereka ini, beberapa kesimpulan dapat saya berikan iaitu :

•Tiada sijil atau ijazah (kurang pendidikan) bukanlah penyebab
sesorang tidak boleh menjadi kaya.
•Keadaan persekitaran juga bukalah menjadi penyebab, walau
bagaimana anda dibesarkan anda masih boleh menjadi kaya.
•Lebih kuat anda bekerja, maka lebih kaya adalah satu
perumpamaan yang tidak benar.
•Sesiapa juga boleh menjadi kaya asalkan jujur dan amanah!

Anda akan mendapati idea-idea daripada mereka ini cukup simple
tetapi mereka berjaya menukarkannya kepada wang ringgit!

Apabila anda mula membaca kisah-kisah mereka dan mendapat
semangat, anda perlu memikirkan idea-idea anda sendiri “ jika saya boleh mencipta satu idea.. mungkin saya boleh, jika orang lain boleh buat, mengapa tidak saya? “

Saya dapati walaupun ramai orang yang mempunyai idea, antaranya ada yang, menguntungkan, tetapi kebanyakkan orang biasa tidak tahu bagaimana hendak menjadi kaya daripada idea mereka. Jadi daripada 10 orang biasa ini anda boleh jadikan panduan bagaimana hendak menukarkan idea-idea anda menjadi wang ringgit sehingga boleh bergelar jutawan.

Saya berharap kisah mereka ini akan memberikan anda semangat untuk mencari idea anda sendiri dan menjadi kaya.

Anda pasti boleh – kisah-kisa berikut adalah buktinya.

*******************************************************

Idea 1: Daripada Surirumah kepada Pengarang $100 Juta

*******************************************************

Nama : Joanne Rowling
Warganegara : England
Umur : 34 tahun

Idea Jutawan : Seorang budak kurus yang memakai cermin mata besar, bernama Harry Potter. Karakter beliau ialah seorang anak yatim yang melarikan diri dari Sekolah Ahli Bijaksana Sihir, dan
menjadi seorang hero.

Modal permulaan : Beberapa pound sterling ( 1pound = 6ringgit)

Bagaimana idea digerakkan : Melalui agen. Dua syarikat penerbit
buku menolak karya beliau, sebelum Bloomsbury menerimanya pada 1996.

Jualan : Seluruh dunia.

Buku pertama : Harry Potter and the Sorcerer’s Stone. Lebih
38 minggu menjadi No. 1 sebagai buku paling laris di New York Times.

Buku Kedua : Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Buku Ketiga : Harry Potter and the Prisoner of Azkaban,

Sehingga kini lebih 30 juta buku sudah dijual. Rakyat Amerika
membeli hampir 50% buku-buku beliau. Diterjemahkan kepada 28 bahasa.

Pendapatan : Royalti mencecah 11.5 juta pound ditambah dengan pendahuluan $2 juta pound untuk buku kedua dan ketiga. Sekarang buku ke3,4 dan 5 dan filem yang box-office, jumlah pendapatan telah mencecah $100 juta pound.

Seorang janda , Joanne Rowling yang hidup dalam kesempitan dan tinggal
di apartment satu bilik yang sejuk di Edinburgh, dimana beliau juga
membesarkan anak perempuannya, Jessica. Untuk melarikan diri dari kesejukkan, Joanne selalunya akan pergi ke sebuah kedai minuman, café dan memesan secawan kopi, yang dihabiskan selama berjam lamanya kerana beliau sudah pokai! Kesusahan ini memberikan dorongan kepada beliau
untuk mengikut satu idea iaitu menulis satu novel mistik atau khayalan.

Berumur 29 tahun pada ketika itu, perkara yang paling buruk yang akan
terjadi daripada idea beliau ialah jika buku beliau ditolak oleh penerbit!

Ini memberikan semangat kepada beliau untuk menulis setiap hari.
Pada sebelah pagi, Joanne akan membawa Jessica ke taman permainan, berjalan-jalan sehinggalah anaknya tertidur, kemudian beliau akan terus ke café, menulis sehingga 2 jam semasa anaknya tidur.

Sekali lagi pada waktu petang, semasa Jessica sedang tidur, Joanne akan
menulis sehinggalah beliau penat dan tidur. Walaupun menulis Harry Potter
and the Sorceree’s Stone satu kerja yang cukup susah, beliau masih waras.

Semasa buku beliau dalam pembikinan, beliau menghadapi satu lagi masalah, beliau tidak mampu untuk membeli komputer untuk menaip novel beliau.

Jadi beliau mengupah beberapa pound kepada seorang tua untuk menaip novel
beliau. Kemudian Joanne terpaksa menaip satu lagi buku kerana beliau
tidak mampu untuk membuat salinan fotostat!

Beliau mencari dua agen ditelefon direktori dan mengeposkan buku tersebut kepada mereka. Beliau beritahu bahawa hari yang paling gembira dalam hidup beliau ialah apabila salah seorang dairpada mereka bersetuju untuk menerbitkan buku beliau.

Buku pertama diterbitkan di England pada bulan Jun, 1997. Harry Potter mencatat kejayaan yang cukup mengkagumkan dengan publisiti yang meluas.

Joanne mengaku bahawa beliau tidak menduga perkara ini akan terjadi.
Walau pun buku beliau adalah berkenaan kisah kanak-kanak, tetapi orang dewasa ramai yang meminatinya.

Buku beliau kini diletakkan sebaris dengan buku-buku popular dunia seperti
Lord of the Rings, The wizard of OZ, Alice in Wonderland. Harry Potter
dengan hanya tiga pengembaraan telah menjadikan Joanne seorang jutawan dengan harta mencecah $100 juta pound (RM600 juta!)
Kita jumpa lagi dengan rahsia kekayaan yang lain ;)

Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam & Bahrom

PS: saudara, cuba bayangkan jika anda mempunyai laman web sendiri yang mampu buat duit tanpa henti walaupun anda pergi bekerja, shopping atau tengok astro sepanjang hari! Ini bukan lagi khayalan…

Dengan memecah rekod jualan RM200,000 setakat ini, tiada sebab untuk anda melepaskan peluang mempunyai satu sistem buat duit secara senyap!

Apalagi yang anda tunggu?

Semoga anda mendapat sedikit motivasi melalui kisah-kisah orang biasa yang dah pun menjadi orang luarbiasa. Dari miskin dah jadi kaya.. tapi tetap kena berusaha bukan goyang kaki terus boleh jadi kaya..

Dapatwang.com tipu, scam, kena tipu

Wednesday, March 24th, 2010

Ada ahli dapatwang.com yang tak puashati dengan komisen yg admin bayar. Admin buat reset tanpa memberi penjelasan kepada ahlinya. Jumlah yang direset pun memang banyak. mau tak melenting..

kalau nak tau cerita lebih lanjut lagi pasal thread dapatwang.com menipu, pembohong, scam.. anda boleh layari forum wang cyber. sila klik link di bawah ini:

Klik sini ==> Dapatwang.com Penipu Besar

Jadi, jika anda rasa nak join program dapatwang.com makanya kena berhati-hati takut nanti admin tak bayar yang dapat hanyalah penat dan rugi. fikir-fikirkan..

Selamat Datang Ke Blog Zabidi.biz

Monday, January 18th, 2010

Selamat datang ke blog zabidi.biz. Blog zabidi.biz merupakan blog peribadi yang mana kandungan yang terdapat pada blog zabidi.biz banyak berkisar tentang yang empunya blog.

Segala artikel yang ditulis adalah pendapat peribadi penulis sahaja dan tiada kaitan dengan mana-mana individu atau mana-mana pihak.

Blog zabidi.biz juga akan banyak menyentuh topik bagaimana nak cari duit melalui internet. berkongsi rahsia dan tips bagaimana nak buat promosi secara online dengan lebih berkesan.

Harapan penulis semoga blog zabidi.biz ini akan dapat memberikan sedikit ilmu kepada pengunjung yang datang. Adalah menjadi hasrat penulis agar ilmu yang baik dapat dikongsikan bersama.

Sekian Terima Kasih

Zabidi.biz