Kenapa a
kaun webhosting anda kena gantung/suspend.
Antara kesalahan besar yang dilakukan ialah:
1- Memasang sistem autoresponder
2- Menghantar email spam [spamming]
3- Memasang plugin @ component yang menggunakan cpu & memory server pada tahap yang tinggi.
Untuk sistem autoresponder, mereka TIDAK membenarkan sebarang bentuk sistem autoresponder dipasang di server. Anda digalakkan menggunakan autoresponder berbayar seperti norabots,getresponse atau aweber.
Spamming ialah menghantar email kepada penerima yang ramai dalam satu-satu masa. Untuk menghantar email, sila pastikan hanya seorang penerima untuk setiap email anda. Kami juga tidak bertolak ansur kepada email berunsur penipuan yang dihantar menggunakan server kami.
Penggunaan Cpu dan memory server mengikut TOS yang telah ditetapkan untuk setiap akaun adalah MANDATORI. Hanya maksimum 25% untuk cpu dan 2% untuk memory server dibenarkan untuk setiap akaun. Ini bagi memastikan server sentiasa dalam keadaan baik. Penggunaan plugin atau
component yang berfungsi secara auto setiap minit adalah dilarang sama sekali. Contoh yang paling biasa digunakan pengguna blog WOrdpress ialah plugin All In One SEO.
Di atas adalah antara kesalahan yang biasanya dipandang ringan oleh semua pelanggan. Pihak hosting tidak teragak-agak untuk menggantung [suspend] akaun yang melanggar TOS mereka.






